My Maklumat Undang-Undang (MyMU) adalah satu kaedah inovasi yang dibangunkan untuk menjadi satu pusat pengurusan maklumat dan pengetahuan. Tujuannya dibangunkan adalah untuk membantu anggota PERKESO dalam membuat keputusan berkaitan "core business" atau "supporting role" kepada PERKESO yang termaktub dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) atau Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Cawangan Perundangan, Bahagian Khidmat Pengurusan yang merupakan "In-house Legal Counsel" kepada PERKESO adalah bertanggunjawab menguruskan MyMU dan memberi perkhidmatan yang efektif dan efisien melalui "digitalization of knowledge" khususnya dalam aspek undang-undang.
Dengan adanya portal MyMU ini, Cawangan Perundangan juga memainkan peranan mengkongsi maklumat dan menyebarkan maklumat dan pengetahuan (disseminate information and knowledge) secara elektronik dan interaktif sesama anggota PERKESO.
Arkib Berita
29.1.2011:Pada hari ini sempena Mesyuarat Jawatan Kuasa Keutuhan Bil. 1/2012, satu majlis pelancaran "web portal" MyMU yang dibangunkan oleh Cawangan Perundangan, PERKESO dan Knowledge Link Sdn. Bhd. (KLSB) telah dilancarkan oleh Tuan Ketua Eksekutif. Tujuan MyMU ini dibangunkan ialah sebagai satu usaha untuk merekodkan pengetahuan secara sistematik dan digital serta meningkatkan pengetahuan anggota dan pegawai PERKESO melalui teknologi maklumat. Adalah diharapkan diharapkan anggota dan pegawai PERKESO dapat memberi komen dan pandangan untuk penambahbaikan MyMU di ruangan Blog di Komuniti demi kemajuan dan kebaikan PERKESO. 27 Disember 2011 : Satu persidangan Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pegawai Undang-Undang Di Jabatan Dan Agensi di bawah KSM telah diadakan julung kalinya pada 22 - 24 Disember 2011 di Gold Coast Resort Morib, Selangor. Persidangan ini telah dirasmikan oleh TKSU, KSM Tuan Haji Mohd Sahar Bin Darusman pada 23 Disember 2011 jam 9.00 pagi dan diikuti dengan sesi dialog serta percambahan ilmu antara TKSU dan para peserta. Turut hadir adalah Y.A. Penasihat Undang-Undang KSM (Y.A. PUU) iaitu Tuan Norazmi Bin Mohd Narawi. Terdapat juga pembentangan kertas kerja dalam sesi perkongsian ilmu yang dibentangkan oleh Y.A. PUU bertajuk "Dasar Dan Tafsiran Penggubalan Undang-Undang". Secara keseluruhannya persidangan ini telah dapat memupuk semangat "espirit de corps"antara Pegawai-Pegawai Undang-Undang disamping bertukar-tukar pandangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. 14 November 2011 : Pada 11 – 13 November 2011, Seminar Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial 2011 telah diadakan di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor. Seminar ini telah dihadiri oleh semua Y.A. Pengerusi JRKS, Pegawai Undang-Undang di Cawangan Perundangan, Pegawai dari Unit Urusetia JRKS dan PPN atau wakilnya. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tuan Ketua Eksekutif PERKESO pada 12 November 2011. Turut hadir adalah Y.D.P Mahkamah Perusahaan iaitu Y.A. Puan Susila a/p Sithamparam dan Y. Bhg. Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed (TKEO). Antara amanat Y. Bhg. Tuan Ketua Eksekutif PERKESO ialah berkaitan peranan dan fungsi JRKS di dalam menerokai isu-isu undang-undang berkaitan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan membuat keputusan berkaitan rayuan selaras dengan peningkatan taraf hidup dan kemajuan sosial golongan pencarum. Semasa Seminar tersebut Puan Azlaily Abd. Rahman telah menjelaskan secara terperinci konsep "Knowledge Management" dan memperkenalkan portal "MyMU" kepada para peserta. Beberapa kertas kerja juga telah dibentangkan seperti Y.A. Puan Yamuna Menon atas tajuk "Who is an employee under the SOCSO Act 1969" dan "Who is a lawful widow under SOCSO Act 1969", Y.A. Tuan P. Iruthayaraj a/l D. Pappusamy atas tajuk "JRKS Sabah experience", Dr. Nik Amsharija bt Hj Mohamed berkenaan tajuk "Occupational diseases", Dr.Mohamad Faznin bin Mohamed Talib berkaitan "Medical Board, Special Medical Board and Appellate Medical Board" dan Encik Borhan Bin Osman (PBCU) atas tajuk "JRKS: Adakah Peranannya Sekadar Mendengar Rayuan? Satu Ulasan.". Seminar ini telah berjaya merapatkan lagi hubungan antara pihak Y.A. Pengerusi JRKS, Urusetia JRKS dan Pegawai Undang-Undang yang hadir dan bertukar-tukar pandangan berkaitan isu semasa yang melibatkan JRKS. 10 November 2011: Satu lawatan ke Semasa Central Sdn Bhd (Semasa) "operator" KL Sentral telah diadakan anjuran Cawangan Pengurusan Kualiti dan Inovasi bersama wakil dari setiap bahagian di ibu pejabat PERKESO. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat ilmu dan nasihat dari pihak Semasa yang telah berjaya melaksanakan dasar dan program-program Kualiti di Semasa dan KL Sentral. Satu taklimat berkenaan pelaksanaan dasar dan program kualiti telah diberi oleh pegawai-pegawai kanan Semasa di bilik mesyuarat pejabat Semasa. Rombongan PERKESO telah dimaklumkan berkenaan aktiviti-aktiviti dan program kualiti yang telah dilaksanakan di KL Sentral dengan jayanya oleh pihak Semasa yang mana pihak Semasa telah berjaya juga memenangi beberapa anugerah kejayaan kualiti bagi perlaksanaan program-program kualiti mereka. Setelah selesai sesi taklimat tersebut, rombongan PERKESO telah dibawa melawat sekitar KL Sentral dan diberi taklimat tambahan terhadap operasi KL Sentral secara "on the ground". Akhir sekali banyak program dan dasar kualiti yang boleh dijadikan contoh untuk digunapakai dan diterapkan di PERKESO yang boleh membantu PERKESO untuk meningkatkan lagi produktiviti dan sistem pemberian PERKESO kepada pelanggan-pelanggan PERKESO.
27 Disember 2011 : Satu persidangan Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pegawai Undang-Undang Di Jabatan Dan Agensi di bawah KSM telah diadakan julung kalinya pada 22 - 24 Disember 2011 di Gold Coast Resort Morib, Selangor. Persidangan ini telah dirasmikan oleh TKSU, KSM Tuan Haji Mohd Sahar Bin Darusman pada 23 Disember 2011 jam 9.00 pagi dan diikuti dengan sesi dialog serta percambahan ilmu antara TKSU dan para peserta. Turut hadir adalah Y.A. Penasihat Undang-Undang KSM (Y.A. PUU) iaitu Tuan Norazmi Bin Mohd Narawi. Terdapat juga pembentangan kertas kerja dalam sesi perkongsian ilmu yang dibentangkan oleh Y.A. PUU bertajuk "Dasar Dan Tafsiran Penggubalan Undang-Undang". Secara keseluruhannya persidangan ini telah dapat memupuk semangat "espirit de corps"antara Pegawai-Pegawai Undang-Undang disamping bertukar-tukar pandangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.
14 November 2011 : Pada 11 – 13 November 2011, Seminar Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial 2011 telah diadakan di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor. Seminar ini telah dihadiri oleh semua Y.A. Pengerusi JRKS, Pegawai Undang-Undang di Cawangan Perundangan, Pegawai dari Unit Urusetia JRKS dan PPN atau wakilnya. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tuan Ketua Eksekutif PERKESO pada 12 November 2011. Turut hadir adalah Y.D.P Mahkamah Perusahaan iaitu Y.A. Puan Susila a/p Sithamparam dan Y. Bhg. Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed (TKEO). Antara amanat Y. Bhg. Tuan Ketua Eksekutif PERKESO ialah berkaitan peranan dan fungsi JRKS di dalam menerokai isu-isu undang-undang berkaitan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan membuat keputusan berkaitan rayuan selaras dengan peningkatan taraf hidup dan kemajuan sosial golongan pencarum. Semasa Seminar tersebut Puan Azlaily Abd. Rahman telah menjelaskan secara terperinci konsep "Knowledge Management" dan memperkenalkan portal "MyMU" kepada para peserta. Beberapa kertas kerja juga telah dibentangkan seperti Y.A. Puan Yamuna Menon atas tajuk "Who is an employee under the SOCSO Act 1969" dan "Who is a lawful widow under SOCSO Act 1969", Y.A. Tuan P. Iruthayaraj a/l D. Pappusamy atas tajuk "JRKS Sabah experience", Dr. Nik Amsharija bt Hj Mohamed berkenaan tajuk "Occupational diseases", Dr.Mohamad Faznin bin Mohamed Talib berkaitan "Medical Board, Special Medical Board and Appellate Medical Board" dan Encik Borhan Bin Osman (PBCU) atas tajuk "JRKS: Adakah Peranannya Sekadar Mendengar Rayuan? Satu Ulasan.". Seminar ini telah berjaya merapatkan lagi hubungan antara pihak Y.A. Pengerusi JRKS, Urusetia JRKS dan Pegawai Undang-Undang yang hadir dan bertukar-tukar pandangan berkaitan isu semasa yang melibatkan JRKS.
10 November 2011: Satu lawatan ke Semasa Central Sdn Bhd (Semasa) "operator" KL Sentral telah diadakan anjuran Cawangan Pengurusan Kualiti dan Inovasi bersama wakil dari setiap bahagian di ibu pejabat PERKESO. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat ilmu dan nasihat dari pihak Semasa yang telah berjaya melaksanakan dasar dan program-program Kualiti di Semasa dan KL Sentral. Satu taklimat berkenaan pelaksanaan dasar dan program kualiti telah diberi oleh pegawai-pegawai kanan Semasa di bilik mesyuarat pejabat Semasa. Rombongan PERKESO telah dimaklumkan berkenaan aktiviti-aktiviti dan program kualiti yang telah dilaksanakan di KL Sentral dengan jayanya oleh pihak Semasa yang mana pihak Semasa telah berjaya juga memenangi beberapa anugerah kejayaan kualiti bagi perlaksanaan program-program kualiti mereka. Setelah selesai sesi taklimat tersebut, rombongan PERKESO telah dibawa melawat sekitar KL Sentral dan diberi taklimat tambahan terhadap operasi KL Sentral secara "on the ground". Akhir sekali banyak program dan dasar kualiti yang boleh dijadikan contoh untuk digunapakai dan diterapkan di PERKESO yang boleh membantu PERKESO untuk meningkatkan lagi produktiviti dan sistem pemberian PERKESO kepada pelanggan-pelanggan PERKESO.
You need a Frames Capable browser to view this content.
All you need in this life is ignorance and confidence, and then success is sure. -Mark Twain
All you need in this life is ignorance and confidence, and then success is sure.